tangan tak lengkap tanpa si ibu,
si penunjuk,
si jari tengah walau digelar hantu,
si pemegang cincin
dan si manis.
************************************
10 orang dengan 10 hujah.
bukan hujah biasa.
bukan hujah permukaan.
hujah berpanah.
orang keliru makin keliru.
itupun kalau mahu ambil tahu.
kalau mahu.
nah!
sudah termahu ambil tahu.
dan sudah keliru.
gimana dong.
kadang terfikir.
Hujah diberi pada sang keliru cukup kuat.
Cuba disatukan para penghujah pada pentas itu.
Lihat siapa hebat.
Bukanlah ingin jadi pemerhati,
Jauh sekali ingin melagakan hati-hati.
Cuma impian jauh di lubuk hati,
ingin lihat bukan pelagaan,
tapi penyatuan.
kita duduk di baris yang sama.
cuma ada kelompok.
|||| |||| ||||
bertompok-tompok.
mungkin kah tompok-tompok putih di kertas hitam?
atau tompok-tompok menghitam di kertas kelabu.
silakan silakan
teruskan perasan tentang warna anda.
kalaupun kerusi tak mampu rapat,
ingat lah selalu,
bukankah baris itu sama.
ini saja rasa si keliru.
ingin pegang pada niat asal.
sebab akhir nanti,
10 kamu takkan mampu bantu satu keliru.
jangan biarkan orang lain buat kamu keliru pada benda yang tak perlu.
lihat atas minta petunjuk Dia.
lihat quran Dia ada berkata.
Ar-Rum tiga puluh dua.
aku kira ada garisan halus antara himmah dan kelampauan.
************************************
wahai jari-jari,
sungguhpun beza tinggi,
beza saiz,
tapi kamu lengkap-melengkapi,
kamu-kamu.
setiap dari kamu.
membentuk kepal yang padu,
lalu kepal itu aku julang menyahut takbir yang akbar.
No comments:
Post a Comment
Comment