seego mana pun anda dalam mengaku emosi
kadang kala terluah juga.
bila ia kian berbukit
sama ada anda P atau sedih atau marah.
anda kan manusia.
----------------------------------------------------------------------------------
duduk diam
pandang tembus dinding
tarik nafas
lepas nafas
sambil cakap
"Ya Allah, aku P"
------------------------------------------------------------------------------------
alhamdulillah.
P.
akhir semester selalu begini.
seakan beban belajar dan konflik dan suka duka sepanjang semester hampir mncapai saturation dalam kepala dan mungkin jiwa. oh nana, over saja.
terasa nak ber"analogy" pula.
mari kita bayangkan graph rate of rate of reaction against substrate concentration
dalam kepala asyik fikir dah sampai plateau dah ni, dah sampai plateau.
lantas, tidur. ataupun mula menconteng-conteng huruf diatas kertas atau bermain anak kucing atau mengarut buat lawak bodoh *plateau: garisan mendatar di hujung graph
but anyway, if we are being asked to interpret the above graph, the hypothesis may be as such:
the higher the concentration the substrate, the higher the rate of reaction until a maximum point.
why doesn't it go on increasing linearly?
because even if we keep increasing the concentration of substrate, the receptors of enzymes are fully occupied with substrate binding hence, the rate of reaction reaches its max.
setiap kali saya P, saya pikir, mungkin receptors saya dah fully occupied?
saya bukanlah mudah mengaku P. sebab i have this principle of mine: apa yg Allah bagi kat saya, itu memang kemampuan saya. and I'm proud to say of how glad I am that Allah blessed me with such principle because you have no idea how that helps me all the way to this point. bersangka baik dengan Allah. Tapi sejak sebulan lalu, saya terasa sangat P. i have been thinking about this. I guess reflection is worth of sharing. so here it is.
hidup ini memang satu perjuangan.
hidup ini normal kalau memenatkan.
"P"kan jadi pelajar? lagi-lagi waktu pereksa. pereksa susah. pastu pikir pulak expectation orang. macam mana kalau fail, parents mesti cakap aku tak belajar betul-betul, padahal.....emm.. nanti adik-adik tengok aku macam mana pulak, aku takut diorang tak faham. argh bad role model pula. "P"nyaaaa... pastu dah habis pereksa, next sem ada pereksa lagi, P nya.... lama pulak tu baru nak graduate, nanti dah grad, dah tua dah nak kahwin (eH? >< i mean i've heard people worrying about this) and the TO-WORRY LIST goes on and on.
saya tahu P menjadi pelajar. the tiredness. due to expectation and fear of failing. tapi penah tak anda terfikir kalau-kalau ada sesuatu untuk dibetulkan di situ?
PENAT. Let P=penat
ya, saya P. dan mungkin juga anda P. P dengan keadaan masing-masing
tapi.
mari kita rehat sejenak dan berfikir,
lupakan kita ada masalah
lupakan kita tengah P.
jom kita bayangkan ke"P"an orang.
percayalah kalau kita P sebagai pelajar,
percayalah guru-guru juga P mengajar, P menghadapi karenah pelajar, karenah sekolah, dan bila balik rumah perlu fikirkan anak-anak pula, (bayangkan wajah guru-guru anda)
ibu bapa juga P bekerja dan memikirkan hal kita anak-anak, perangai kita, okay kah anak-anakku, ada masalah ke mereka? apa yang terbaik untuk anak-anak aku? itu belum lagi fikir pasal keadaan di tempat kerja, bil air elektrik, masalah balik kampung mana waktu raya (eh?), harga minyak dan sebagainya.
pengemis P mencari sesuap makanan dan mengharapkan simpati, saya selalu tak dapat nak bayangkan macam mana homeless kat negara macam UK ni hidup? sejuk dingin malam. aku heater rosak pon dah rasa sejuk, padahal dok dalam rumah. memang lah ada homeless shelter. but they live in uncertainty, they need to endure gazes and hunger and cold. some are really old. and have you ever thought of how P they feel?
kanak-kanak P menyiapkan kerja sekolah. ada yang sekolah dua sesi. balik sekolah, pergi tusyen. sekolah pulak kena bawak buku teks berat-berat. tunggu bas, kena pakai baju sekolah, kena basuh kasut sekolah, kapur kasut lagi (dulu kalau malas basuh kasut saya kapur je. haha). P kot?
doktor P on-call for long hours, but still need to hide their exhaustion in front of patients, maintain wajah professional, maintain otak dan concentration sbb tgh deal ngan health being patient. kalau buat silap, patient jadi mangsa. ingat tak P?
bagi tahulah siapa yang tidak P di dunia ini?
penganggur?
oh mereka juga P. mungkin P mencari kerja? atau setidak-tidaknya P mendengar bebelan.
hakikatnya,
semua orang P kawan-kawan
semua orang.
dengan tangungjawab masing-masing,
dengan masalah masing-masing.
"oh, so aku tak leh nak mengaku P ke?"
boleh..bukan tak boleh.. (nada seorang yang tenang)
ketika awak P.
awak tarik nafas dalam..
awak fikirkan si Dia.
si Dia yang telah mengaturkan segalanya
Dia tengah tengok awak.
tarik nafas,
lepas nafas,
lepaskan ego itu bersama nafas yang terhembus
mengakulah, Dia tengah tunggu ..
mengakulah,
"Ya Allah, aku mengaku aku P"
"Aku perlukan Kau, Ya Allah"
"Aku tak mampu dengan kudratku"
"Bantulah aku"
Hakikatnya, kita selalu terlupa untuk mengaku.
berdialog lah dengan Allah.
Bacalah kata-kata jawapan Allah melalui ayat quran nya.
"Surely, in the remembrance of Allah hearts find rest"
(13:28)
Dan tiap kali P,
ambil lah masa untuk rehat dan berefleksi,
mungkin masa P itu Allah saja je berikan untuk kita berehat dan bermuhasabah diri,
usaha P lelah aku tu untuk siapa?
kalau untuk manusia, memang selama-lamanya expectation manusia akan menakutkan aku,
kalau untuk self-satisfaction, memang failure lah akan jadi my biggest fear.
cuba lah, walaupun susah. untuk berniatkan kerana Allah.
Kalau susah, mengaku lah jugak
"Ya Allah, aku nak niatkan kerana Kau,
tapi aku tak tahu macam mana.
Kau tunjukkanlah cara"
Pray and Believe He's Listening.
And try.
ingatlah doa doesn't need perfect grammar. I guess what it needs is breached ego.
itu baru Cool!
---------------------------------------------------------------------------------------
by the way, today i went to Akhlaq class and Allah as usual buat diri ini terharu lagi.
Alhamdulillah.
tepat dengan keadaan saya yang terasa lemah dan "saturated" ini.
Allah hantarkan jawapan through guru akhlak saya.
Dahulu Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w pernah berasa sangat P.
P berbuat pelbagai kerja dan menguruskan rumah tangga sehinggan dia terasa sangat P dan lemah sampai dia terfikir untuk meminta bapanya menghadiahkan hamba untuk membantunya.
Instead, ini yang diajarkan Rasulullah:
Ketahuilah akan aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertasbihlah sebanyak 33 kali, bertahmidlah sebanyak 33 kali, dan bertakbirlah 33 kali. maka itu lebih baik daripada seorang pembantu rumah.
Insya Allah, kita baliklah kepada Allah kerana itu lah pencipta kita. kekuatan luaran? dalaman? intelek? semuanya dari Dia. Doakan diri ini kuat. Doakan juga diri ini dan rakan-rakan seangkatan lulus periksa.
Doakan diri ini mengesakan Dia Yang Satu. Allah.
Take home message:
Hidup ini satu perjuangan. Kuat kita bukan kerana personal principle kita. Kuat kita kerana Allah. Kerana izin Dia.
C'est la vie.
oh delete perkataan P itu dari otak awak. scroll down
Allah. tenang. rehat. doa. harapan. tenaga. positive. mampu. saya. mereka. Allah. senyum.

:'( Nanaaaa aku pun sangat 'P' hari ni. Aaaaa nak peluk :'((((
ReplyDeleteALIAHHHH.. *peluk virtually* OMA, missing you girl!
ReplyDelete