Pages

Saturday, June 1, 2013

saya teringin nak pergi..

random malam ni.
saya rasa teringin nak pergi tempat macam ini.
pergi sorang-sorang
atau dengan orang yang tak banyak cakap


saya mahu pergi ke satu tempat yang punya air terjun yang sangat tinggi...
sangat tinggi? ya.
bukan air terjun satu sahaja
tapi ada air terjun sana 
air terjun sini
semuanya tinggi di puncak
semuanya lebar lebar
tinggi sampai tak nampak dasar destinasi luncur airnya
luncur airnya meniupkan kabus titisan air
saya mahu tempat itu tinggi
pemandangan terhampar
langit luas terbentang
biru cair.
sky blue.
can you imagine?
mungkin beberapa air terjun besar yang turun dari sebuah banjaran panjang
alam nan luas
bunyian deruan air.
bunyi yang kuat
sampai saya tak teringin pun nak keluarkan suara
sebab memang takkan dengar
suasana yang buat rasa taknak buat apa-apa
nak tengok
dan senyum
dengan yakin
tahu
ini hanya Kau sahaja yang mampu cipta
tak ada masalah keliru
mahupun terlupa.
jelas.

waa. goggle punya google, saya rasa saya nak gi Niagara Falls. satu hari nanti. insya Allah



No comments:

Post a Comment

Comment