Pages

Monday, March 31, 2014

Plenty in the small life tray

You have more responsibilities than time.





Plenty books to fill your days,
Plenty debts to count and pay,  
Plenty sharings to quote and say, 
Countless hearts to touch and stay.


Hence,

Treasure every second.

Saturday, March 29, 2014

Ukur aku

Kalau lembut kau ukur aku
Sekadar sejam ku mampu berpura

Kalau cantik kau ukur aku
Pasti gelakku merosak tiara

Kalau pandai kau ukur aku
Aku cuma mampu bicara.

Kalau tenang kau ukur aku
Aku insan emosi tera.

Seribu

Seribu jenis penat
Seribu jenis musabab
Ada jadi air
Ada jadi batu
Ada jadi abu.

Thursday, March 20, 2014

bukan kau yang paling tahu

bukan kau yang paling tahu
orang bernama aku.

bukan kau yang paling tahu
bahawa aku kurang tahu
bukan kau yang paling jelas
bahawa aku berdiri malas
bukan kau yang paling erti
bahawa aku kurang mengerti
bukau kau yang paling perasan
bahawa aku kurang perasaan

akulah,
yang sedia tahu aku kurang tahu
namun percayalah aku pingin untuk tahu
yang paling jelas ku berdiri malas
namun percayalah, semangat lemah cuba kugagahkan
yang paling mengerti aku kurang mengerti
namun percayalah kucuba fahami agar kehadiran beerti
yang paling perasan aku kurang berperasaan
namun percayalah kucuba sulam empati hari demi hari

berikanlah kesempatan buat diri mencari erti,
erti siapa diri, apa kucari, kemana pergi,
berikanlah kesempatan untuk ku belajar,
belajar mengerti jiwa luar lantas berbakti
agar dapat ku ambil cebisan harga diri,
kucantum jadi kibasan berseri.

Sungguh ku hilang dalam kabus,
kupercaya belum tertimbus
andai ku cuma mengikut jari 
kudoa hikmah jelma kembali

#khas buat lima insan yang menutup cela, demi menempa bahagia diri ini sekian lama. 

Thursday, February 27, 2014

Labyrinth not unaided

Ada orang merasakan hidupnya sempit.
terlalu diatur.
terlalu dipaksa.
Ah, aku mahu memilih sendiri!

Sebaliknya
Ada pula yang merasakan hatinya sempit.
lantaran terlalu banyak pilihan.
terlalu banyak pilihan yang membutuhkan dia untuk memilih.
terlalu banyak.
dan tak tahu mana yang terbaik.
Lantas keliru.

Yo kamu,
Kurang pilihan kah
atau
banyak pilihan kah yang kamu mahukan?

Bilamana Allah menciptakan,
aku pasti bukan hidup sempit yang Allah inginkan untuk kita,
bukan hidup penuh kekeliruan yang Allah mahukan buat hambaNya.

Kata Dia, dia mengilhamkan jalan kejahatan dan jalan ketakwaan. (As- Shams ayat lapan)
Tipulah kalau kau kata kau tak punya pilihan.
And do know this,
No one can force you in making your choice.
It is Your Choice.
YOUR WILLPOWER.
Pedulikan paksaan insani yang menyempitkan.

Juga,
Kata Allah, Kitab Dia tidak ada keraguan padanya,
petunjuk bagi mereka yang punya rasa takwa. (Al-Baqarah ayat dua)
Nah, Dia memberi pilihan.
Dia juga bagi panduan.
Letak lah seribu pilihan sekalipun,
dengan petunjuk Dia
Kau takkan keliru.

Tapi kita manusia,
Hati tetap keliru,
Syaitan pula membisik haru,
Dendang dunia asyik berpalu.
Lantas panduan jadi kelabu.

andai kau memandu kereta dalam hujan yang lebat,
bilamana kau tak mampu melihat kereta hadapanmu,
kau pun mula berbisik "aish ini bahaya"
namun kau tahu bukan kereta hadapan yang boleh kau salahkan lantaran tak menampakkan dirinya.
mungkin kau perlu berhenti dan menggilap cermin yang berkabus.
mungkin itu melambatkan perjalanan paling kurang seminit dua,
namun itu menjelaskan penglihatan yang kelabu.

gilaplah cermin hatimu yang kian kelabu,
mungkin itu yang menghalang kau melihat cahaya panduan.
Banyakkan mohon ampun pada Tuhan Kita, Allah Al-Ghafur.

We need time to stop and reflect.

Dan kalau pilihan itu menyesakkan,
tanya saja pada Dia.
amalkan zikir    

 سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Transliteration: Subhanaka la ‘ilma lana ‘illa ma ‘allamtana ‘innaka ‘antal-’Alimul Hakim
“Glory be to you, we have no knowledge except what you have taught us. Verily, it is You, the All-Knower, the All-Wise” (Surah Baqarah; 2:32)

Wallahualam.

Sunday, February 16, 2014

Sembang kosong

Macam mana ya cara terbaik untuk ajak orang ke arah sesuatu yg beneficial di tengah waktu chillax?
Fine. Bunyi macam skema.
Tapi saya rasa susah.

Sejujurnya perkara yang buat saya paling tertarik tentang syurga adalah bilamana Allah kata di dalam syurga, kita takkan jumpa perkataan yang sia-sia.
Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa,(56:25)
Sejujurnya saya tak suka sembang kosong yang membawa kepada nothing. Nama pun sembang kosong. Apatah lagi yang bertaut gelak tanpa henti. Namun saya masih boleh terima kalau saya mampu pujuk diri saya bahawa sembang-sembang itu perlu untuk pupuk rasa selesa antara kawan, atau perlu ketika itu untuk saling berkenalan. Yes, sembang relax2 has its roles. But, hey. It shouldn't be an everyday event.

Atau mungkin perlu ubah approach? At least sedikit demi sedikit. Now how do we make sembang-sembang be more useful?

1. Kalau tak mampu nak jadikan beneficial, make it harmless. Jangan mengumpat sesiapa. At least you're not causing any harm to others.

Rule of thumb: bayangkan jika orang yang tengah awak sembangkan tu ada depan awak, dia akan happy tak kalau dengar apa yang korang tengah sembangkan? Kalau tak, anda mungkin tengah mengumpat. Ada orang kata bersembang tentang orang itu perlu untuk ambil pengajaran. Well, would you like the idea of people "umpat"ing you behind  for the sake of taking lessons? There are better ways of doing things.

2.  Make sure that it ia not taking too much of your time. It is fine to sembang sembang for the sake of catching up with each other'ss progress. Tapi  kalau dah berjam-jam and kalau sampai kena perah otak nak tanya apa , maybe it's  time to dismiss, folks.

3.   Talk about something that inspires or at least give others something new to learn about.

4. What's more meaningful than being able to remind others to Allah? But that doesnt mean that now and then we have to say Allah and all the islamic worda to sound islamic. Islam is Ad Deen. It does not necesaarily mean we need to use Arabic words.  Rasulullah talks abour worldly matter when others talk about worldly matter. But what we need to make sure is, we direct the worldly topic according to what Allah wants it to be like.

5. Kurangkan gelak. Boleh je nak suka suki. Tapi kalau boleh kurangkan gelak. Rasulullah paling2 pun senyum nampak gigi.

On the authority of Abu Hurairah radiyallahu anhu, reported from The Prophet sallalllahualaihi wa sallam, he said, One of indicators of islamic perfection (as a religion) in someone is leaving behind something that is not beneficial for him/her. (The hadith is categorized as hasan and narrated by At-Turmudzi and others)

Okay! Till i write again. Biiznillah.

Saturday, February 15, 2014

Breaking the lame cycle

Knowing there's a purpose lying between that point of waking up and sleeping.