Pages

Thursday, February 27, 2014

Labyrinth not unaided

Ada orang merasakan hidupnya sempit.
terlalu diatur.
terlalu dipaksa.
Ah, aku mahu memilih sendiri!

Sebaliknya
Ada pula yang merasakan hatinya sempit.
lantaran terlalu banyak pilihan.
terlalu banyak pilihan yang membutuhkan dia untuk memilih.
terlalu banyak.
dan tak tahu mana yang terbaik.
Lantas keliru.

Yo kamu,
Kurang pilihan kah
atau
banyak pilihan kah yang kamu mahukan?

Bilamana Allah menciptakan,
aku pasti bukan hidup sempit yang Allah inginkan untuk kita,
bukan hidup penuh kekeliruan yang Allah mahukan buat hambaNya.

Kata Dia, dia mengilhamkan jalan kejahatan dan jalan ketakwaan. (As- Shams ayat lapan)
Tipulah kalau kau kata kau tak punya pilihan.
And do know this,
No one can force you in making your choice.
It is Your Choice.
YOUR WILLPOWER.
Pedulikan paksaan insani yang menyempitkan.

Juga,
Kata Allah, Kitab Dia tidak ada keraguan padanya,
petunjuk bagi mereka yang punya rasa takwa. (Al-Baqarah ayat dua)
Nah, Dia memberi pilihan.
Dia juga bagi panduan.
Letak lah seribu pilihan sekalipun,
dengan petunjuk Dia
Kau takkan keliru.

Tapi kita manusia,
Hati tetap keliru,
Syaitan pula membisik haru,
Dendang dunia asyik berpalu.
Lantas panduan jadi kelabu.

andai kau memandu kereta dalam hujan yang lebat,
bilamana kau tak mampu melihat kereta hadapanmu,
kau pun mula berbisik "aish ini bahaya"
namun kau tahu bukan kereta hadapan yang boleh kau salahkan lantaran tak menampakkan dirinya.
mungkin kau perlu berhenti dan menggilap cermin yang berkabus.
mungkin itu melambatkan perjalanan paling kurang seminit dua,
namun itu menjelaskan penglihatan yang kelabu.

gilaplah cermin hatimu yang kian kelabu,
mungkin itu yang menghalang kau melihat cahaya panduan.
Banyakkan mohon ampun pada Tuhan Kita, Allah Al-Ghafur.

We need time to stop and reflect.

Dan kalau pilihan itu menyesakkan,
tanya saja pada Dia.
amalkan zikir    

 سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Transliteration: Subhanaka la ‘ilma lana ‘illa ma ‘allamtana ‘innaka ‘antal-’Alimul Hakim
“Glory be to you, we have no knowledge except what you have taught us. Verily, it is You, the All-Knower, the All-Wise” (Surah Baqarah; 2:32)

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Comment