bukan kau yang paling tahu
orang bernama aku.
bukan kau yang paling tahu
bahawa aku kurang tahu
bukan kau yang paling jelas
bahawa aku berdiri malas
bukan kau yang paling erti
bahawa aku kurang mengerti
bukau kau yang paling perasan
bahawa aku kurang perasaan
akulah,
yang sedia tahu aku kurang tahu
namun percayalah aku pingin untuk tahu
yang paling jelas ku berdiri malas
namun percayalah, semangat lemah cuba kugagahkan
yang paling mengerti aku kurang mengerti
namun percayalah kucuba fahami agar kehadiran beerti
yang paling perasan aku kurang berperasaan
namun percayalah kucuba sulam empati hari demi hari
berikanlah kesempatan buat diri mencari erti,
erti siapa diri, apa kucari, kemana pergi,
berikanlah kesempatan untuk ku belajar,
belajar mengerti jiwa luar lantas berbakti
agar dapat ku ambil cebisan harga diri,
kucantum jadi kibasan berseri.
Sungguh ku hilang dalam kabus,
kupercaya belum tertimbus
andai ku cuma mengikut jari
kudoa hikmah jelma kembali
#khas buat lima insan yang menutup cela, demi menempa bahagia diri ini sekian lama.
No comments:
Post a Comment
Comment