Pages

Thursday, April 18, 2013

Tak nak jadi munafik

Waa scary. Saya paling takut dgn ciri munafik. Setiap kali dgr pasl ciri orang munafik, terasa sangat. Ciri-ciri orang munafik ni from what I heard from Nouman Ali Khan is one of the diseases of the heart. And like any other disease, suppose we detect it through knowing the symptoms first right? So, Untuk symptoms hypermunafiqrosis anda boleh google. Hehs. But all I know is, sangat bahaya la kalau kita dgn yakin rasa kita bukan munafik. Dan tak guna juga kalau rasa diri munafik tp tak buat apa-apa. Two equally dangerous problems. I remember something mentioned by Kak Ainol during Spring Camp, might not be exactly like this so just take that I added in my view(feel free to oppose hence):

Muslim ni kadang2 mcm bipolar pun ada. Dalam hati kena ada fear and hope. Hati yang berbunga2 rasa ada peluang masuk syurga dan hati yang takut sangat digolongkan jadi penghuni neraka.

Both of hope and fear are vital! This is important so that we do not become an arrogant person who thinks too good of him/herself nor a helpless person who in the end lose the spirit to do amal or good deeds. So bipolar yuk!

Yakinkan hatimu!



Monday, April 15, 2013

Ayuh get moving!

Ada perdagangan yang tak rugi.. Grab the chance! Nothing to be afraid of..

belajar daripada Alam Illahi

bismillahirrahmanirrahim..

waa. It's spring now. Allah je yang tahu betapa hati berbunga-bunga melihat sinar terang matahari.

 Alam..... Teringat pula tafsir surah As-Syams di Spring Camp UK baru-baru ni. 
Pemandangan sunrise di Uttoxeter semasa Spring Camp (30/3/2013)

Surah yang di awalnya Allah bersumpah dengan matahari, bulan, siang, malam, langit dan bumi. Semua itu komponen alam yang boleh dinikmati oleh semua orang. 
Yup semua orang boleh nikmati, saya kat UK boleh tgk matahari, mak saya kat Malaysia pon boleh tgk matahari (ohoii. saya homesick T T. maaaa- okay ini random)

Semua orang tahu apa itu matahari dan bulan. 
Semua orang tahu apa itu siang dan malam. 
Dan semua orang sedar bumi tempat kita berpijak serta langit bumbung alam yang menaungi.
kemudian Allah bersumpah pula dengan jiwa.
Allah nyatakan tentang jiwa yang diilhamkanNya dengan jalan kejahatan dan ketakwaan.

Sumpah Allah terhadap Alam
Sumpah Allah keatas jiwa kita selaku manusia.
kenapa diletakkan one after another?
emmm..Ada sesuatu untuk kita renungkan disitu.

Alam. taatnya tidak disangkal.
Bilamana matahari muncul pada waktunya
Bilamana bulan menampakkan dirinya pada malam tertentu dalam satu bulan.
Itu lambang taat

Bilamana siang dan malam silih berganti
menurut apa yang diatur oleh Big Boss
itu lambang taat.

Mereka taat 
Islam 
dan tetap Islam
Islamnya mereka tanpa pilihan.
Pemandangan sunset di Conventry. subhanallah! (6/4/2013)


Teringat pula kandungan awal dalam buku Asas-asas Islam, 
tubuh kita juga adalah alam..
mengalirnya darah kita,
berkelipnya mata kita,
dan position setiap anggota badan
semuanya sudah diatur tanpa diberi pilihan
dan teraturnya mereka begitu
cukup tepat dan terbaik
teringat kata-kata usrahmate saya di awal halaqah kami tidak lama dahulu
"cuba bayangkan kalau lubang hidung kita menghadap ke atas, bila hujan mesti masuk air"
lucu! namun lucu yang mengundang seribu pemikiran dan syukur atas aturannya

yang bukan alam adalah jiwa kita
jiwa yang diberi pilihan,
antara kejahatan dan ketakwaan..
pilihlah.. mana yang berkenan di hati,
mana-mana pun..
namun bersedia lah dengan consequences of your choice..
Ada kisah Kaum Samud untuk kita hayati kisahnya di hujung Surah As-Syams itu...
T T

jiwa kita nak memberontak je selalu. haisyy...
tak malu ke dengan pokok2?
tak malu ke dengan burung-burung?
tak malu ke dengan jantung yang berdegup?
mereka taat kot!


Alam dan ketenangan
tengok alam itu menenangkan, bukan?
sebab Alam tiada dosa
sebab Alam itu tasbihnya tidak bernoktah..
baru-baru ni baru bela satu pokok bunga kat dalam bilik,
sukanya..
saya tahu, akan ada hamba Allah yang akan bertasbih 24/7 kat dalam bilik saya kini :)


contohilah alam...
belajarlah daripada tenangnya,
belajarlah daripada taatnya,
belajarlah daripada tasbihnya.
supaya kita belajar memilih antara takwa dan fasik.


...demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya(7)
maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya(8)
sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)(9)
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya (10)

(surah as-syams 91: 7-10)








Thursday, April 11, 2013

sisa tulisan memento usia

lama tak menulis. waa.
tapi setiap kali hendak menulis. terkesima sebentar
selalu fail untuk menjawab soalan "kenapa saya menulis?"
pada detik yg sama, kerja-kerja lain yang ada terus menghimpit kepala.
lantas kadang kala buat diri resort into doing other things.

tapi apa yang membuatkan diri ini kadang kala ingin menulis
adalah apabila melihat blog post lamaku sendiri,
sejujurnya ada yang telah kudelete. banyak kot. haa
tapi blog post lama banyak mengajar
mengajar dari segi mengingatkan diri saya
siapa saya dulu.

ingat lagi,
waktu ku tulis post2 dahulu,
serasaku, diriku sudah cukup matured,
serasaku, diriku sudah besar,
serasaku,
yang muda dariku belum cukup dewasa,
yang tua dariku terlalu tua untuk memahami,
mungkin tidak keterlaluan untuk kukatakan
apa yang berlegar di mindaku
the world centered around my generation,
atau skop yg lebih kecil lg,
centered around me.

bila baca balik post-post itu
aku tergelak sendiri,
diriku yang kusangka dewasa,
diriku yang kusangka matang
sebenarnya penuh jahil
sebenarnya sangat kebudakan-budakan
benarlah, sisa tulisan memento usia.

dan aku pasti,
beberapa tahun lagi,
cycle ini akan kuulangi,
akan ku toleh kebelakang
melihat sisa tulisan
melihat sisa luahan
sisa detik ini,
this exact moment,
lalu ku pasti,
aku akan tergelak lagi..
sungguh, sisa tulisan memento usia.

orang selalu kata "zaman jahiliyah dulu aku begini dan begini".
tapi benarkah itu zaman dahulu?
seingatku,
sewaktu "zaman dahulu" itu aku tak sedar aku di dalamnya.
dan ku pasti akan tiba detiknya
akan kutoleh belakang
dan melihat cerita satu zaman
zaman ini,
zaman perasan sudah tak jahil namanya.

#jahiliyah dalam diri takkan pernah habis. sentiasa ada untuk diperbaiki. sentiasa menuntut taubat. sentiasa menuntut istighfar. sentiasa meminta muhasabah.




Thursday, April 4, 2013

Debu habuk di tingkap hati

Antara damai dan ramai
Antara sunyi dan bunyi
Ah, itu mudah dibeza.

Antara takwa dan leka
Antara perasan dan benar terkesan
Sukarnya hati membeda..

Masakan mudah
Kalau jernih tingkap hati
Sudah berhabuk dek abu dengki
Sudah bertapuk dek kulat dosa
Dosa bersangka
Dosa berkata
Jua dosa anggota.

Bersihkanlah hatimu dengan istighfar memohon ampun Nya! Selagi jarum waktu masih berdetik.


Wednesday, April 3, 2013

Mujahadah, suatu perjalanan di garisan penamat

Mujahadahmu itu,
Yang dlm diam
Yang dlm kelam
Yang cetek dan dalam,
Tiada kan pernah menjadi sia,
Kerana Dia paling pandai menghargai.

Wlupun rasamu langkahmu perlahan,
Acap terhenti
Acap pula terpaling
Namun teruskan mengharung
Kerana ada yang maha merenung

Dan percayalah jln ini bukan jalan menuju garisan akhir di hujung
Oh tidak. Bukan persis di trek larian
Sebaliknya jalan mujahadah itu adalah jalan meniti garis akhir itu sendiri
Ya, persis suatu titi
Andai ajal menjemput, di titi itulah harapnya kita terhenti
Moga kita terus meniti
Di titian sendiri
Dibantu illahi