Pages

Wednesday, April 3, 2013

Mujahadah, suatu perjalanan di garisan penamat

Mujahadahmu itu,
Yang dlm diam
Yang dlm kelam
Yang cetek dan dalam,
Tiada kan pernah menjadi sia,
Kerana Dia paling pandai menghargai.

Wlupun rasamu langkahmu perlahan,
Acap terhenti
Acap pula terpaling
Namun teruskan mengharung
Kerana ada yang maha merenung

Dan percayalah jln ini bukan jalan menuju garisan akhir di hujung
Oh tidak. Bukan persis di trek larian
Sebaliknya jalan mujahadah itu adalah jalan meniti garis akhir itu sendiri
Ya, persis suatu titi
Andai ajal menjemput, di titi itulah harapnya kita terhenti
Moga kita terus meniti
Di titian sendiri
Dibantu illahi

No comments:

Post a Comment

Comment