Pages

Monday, July 15, 2013

Tiga satu sembilan satu

Alhamdulillah. I think among things that i treasure most in UK are the gardens. Ptg2 cycling kat castle garden lah yg selalu jadi moment utk aku berrefleksi. Selalu tersenyum sorang2, and cakap "patutlah ayah suka gi mancing. Tenang rupanya duduk dekat tepi sungai dengan pokok-pokok merimbun". Rabbana ma khalaqta hadza batilan subhanaka faqina azaabannar. Ayat dalam surah ketiga ayat satu sembilan satu.

Ya. Ayat yang seharusnya terungkap di bibir orang yang berdiri mahupun duduk, lantas dia merenung langit dan bumi lalu dia yakin tiada satu pun tercipta sia-sia, lalu dia berdoa dijauhkan azab api neraka. 

Benar -tiada yang sia-sia. Pernah tak kamu tanya, mengapa agaknya kucing diciptakan, mengapa taman2 kat uk ni atau dimana saja diciptakan, kenapa perlu ada pelangi. Itu semua untuk kita. Ya manusia. 
Utk menghiburkan hati yang duka. 
Untuk menenangkan hati yang lara. Untuk mengingatkan hati yang lupa. Malah mungkin meriangkan hati yang tak rasa apa-apa.

Dan mengapa pula perlu berdoa dijauhkan dari azab api neraka? Kerna neraka itu penuh siksa kawan2. Dan kita juga tahu dalam neraka, mana mungkin ada keindahan alam yang masih mampu kita nikmati kini. Lantas, kita doa supaya satu hari di akhirat kelak, kita akan mampu nikmati lagi nikmat2 keindahan alam ini, malah lebih lagi. Malah, ketika makan pun, dalam doa makan kita mohon dijauhkan dari azab api neraka bukan. Tak pernah terfikir ke apa kaitannya makanan dengan neraka? Itu lah pentingnya refleksi. Dengan nikmat itu, seharusnya kita teringat tentang Dia. Dengan makanan itu, seharusnya kita berharap utk makanan yg lebih enak di syurga. Lalu kita doa agar dijauhkan dari azab api neraka. Kerana di neraka, nanah yang terjamu. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

Comment