Pages

Friday, May 24, 2013

mengapa aku diuji dengan berdosa.

Makin lama hidup,
Makin saya nampak hidup ini
Pattern Hidup ini.

Hidup ini...
Boleh jadi roda kamu tahu?
Hidup ini,
Kalau kamu di atas,
Dan kamu pandang di bawah,
Lalu kamu tanya,
"Kenapalah anda pilih untuk berada kat bawah?"
Tup tup,
Tanpa kamu sedar kamu boleh bertukar tempat.

Hidup ini, tatkala kamu rasa iman kamu cukup hebat
Dan tujuan hidup mu solid,
Kau akan lihat ramai orang di sekelilingmu yang berbeza.
Kadang kau pelik,
Pilihan terbaik di depan mata
Mengapa tidak disambar?
Perbuatan jelas merugikan,
Mengapa tidak ditinggal jauh?
Perbuatan melanggar fitrah,
Eww. Mengapa tergamak mencuba?

Tapi.
Anda mungkin silap.
Anda tak tahu.
Betapa gelora di jiwa mereka mungkin mengalahkan gelora mujahadahmu,
Mungkin di sudut hatimu berpuas hati
Mungkin di sudut hati mereka mencari-cari
Mungkin di tiap harimu, bertatah benih ukhuwah
mungkin di tiap hari mereka, orang-orang tarbiyah itu tak wujud,
In which,
Kalau kamu berada di tempat mereka,
Mungkin kamu bukan setakat di bawah roda,
Mungkin di bawah tanah.

Pesanan buat yang terasa bertuah,
Bukan hakmu untuk menilai,
Bukan hakmu untuk mencemuh,
sedarlah,
Kau cuma bertuah,
dan hati-hati juga.
Tuah itu mungkin ujian terbesarmu.
Usah mencemuh mereka.
Bantulah mereka.
Mungkin, kita tak tahu
Mungkin sahaja darjat mereka lebih tinggi di sisi Allah
Mujahadah mereka mungkin lebih dahsyat.
Standard manusia itu berbeza daripada standard yg Allah setkan.

Buat yang terasa dibawah,
Banyak yang perlu dikau lakukan
Kadang kau rasa memang kau lah yang hina.
kadang kau rasa lemah.
Malah kadang soalan menjelma,
Mengapa aku diuji dengan berdosa.
orang diuji dengan miskin. boleh tahan dengan bersabar
orang diuji dengan kaya. boleh bersyukur
orang yang diuji dengan dosa?
orang yang diuji dengan ego?
orang yang diuji dengan nafsu?
orang yang diuji dengan fikiran yang asyik bertanya?
orang yang sentiasa inginkan bukti?
kadang kau lemah,
kau fikir,
kenapa aku.
kenapa ujian ini.

kuatlah wahai diri,
taubat itu peluang mu.
tiap kali engkau bernafas,
nafas itu mengeja peluang dariNya,
mungkin sahaja Allah ingin engkau melepasi ujian ini
supaya darjat mu diangkat setinggi mungkin
mungkin sahaja supaya satu hari nanti
ada jiwa yang boleh kau bantu
jiwa yang mana..orang lain tak dapat selami
tapi engkau mampu. kerna dulu itu kamu.
tiada yang sia-sia dalam hidup ini.
tiap orang berbeza.
tiap orang ada tempatnya di sisi Allah.

p/s: bersangka baiklah dengan Allah.




Thursday, May 23, 2013

Eyeing.

Here I am.
Sitting in the library.
Eyes half-closed
wait, positive sikit!
rephrase:
Eye half-opened.

Person on my right scribbling on business and mgt concept.
Sometimes, I could hear his whispering,
trying to memorise concepts i guess,
oh shush, this reminds me of BMS in KMB.

Person on my left just left his table.
Table empty now,
waiting for another lad to step in.

Person at the opposite table is drinking coke with a headphone on.
He seems to have a calculator among the piles of paper on the table.
Quick, have a guess.
What student is he?

Person next to him chewing something.
Once in a while, people move pass him,
Some greeted him,
He sounded like a pleasant person,
Okay, not that i can conclude on him based on the mere sound i heard,
It's library anyway. Not much sound.

This first floor of this library houses diff kind of people,
Everyone with everyone's business,
Each one with each one's problem.
Yea, I have this habit of admiring how every individual is different.
Just as how I have the habit of watching car drivers on the road, and says,
Fret not, Nana. You are not the only one having problem,
They are all heading to somewhere,
Trying to solve their own unique issues.

Here on my lappy,
M&R slides ready to be read,
Here on my handphone,
Battery ready to turn zero,
Here on my head,
Thinking about a friend in need.

Here on my eyes,....

Eh, yeay. dah tak ngantuk
Okay, sambung baca Membrane and Receptor (M&R)
weewoo


Saturday, May 18, 2013

Spideweb

Two days ago, i was cycling around the castle garden and was later stopping by to watch the swans and the people canoeing. and there you go. for the second time of the week:Tarbiyah spider lg.


The example of those who take allies other than Allah is like that of the spider who takes a home. And indeed, the weakest of homes is the home of the spider, if they only knew.
(29:41)

Mungkinkah
ada langkah tersalah hati?
ada kata tersasar erti?
ada mahu tersilap demi?
Time to reflect and evaluate.
Photo: castle garden, leicester

Friday, May 17, 2013

Spideruler

Tgk! Hari ni Allah letak labah2 kat atas meja time groupwork. The spider then climbed up my ruler. (That orange ruler held by my groupmate) Could it be that Allah wanna teach me something out of surah al-ankabut today? Nana, ade ambil perlindungan org lain ke? T T (29:41)


Thursday, May 16, 2013

i.m.p.r.o.m.p.t.u


Ku tahu ini tugasku,
Ku tahu. It's more that obvious.
Kerna tak mungkin ini satu kebetulan.

Di saat diri ini terasa rapuh,
Kau hantar jiwa insan untuk kubantu teguh.
Di saat soalan masih bertalu,
Kau susun untuk ku bantu si ragu.

Andai benar aku titian itu,
Kau teguhkan lah dengan kayu belian,
Ikatlah aku dengan tali itu,
Tali yang kau janjikan takkan putus,
kerna setahu aku,
aku masih rapuh.
aku buntu.
aku risau.
risau niat salah
risau kata berbalah
risau langkahku patah.

bantulah sahabatku itu.
bantu aku.


Tuesday, May 14, 2013

Cause it isn't mere roof

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam waktu jalan balik from uni ke arah basikal, cakap kat diri sendiri, full time aku kat uni hari ni. Lepas lecture, library, lepas tu CVS examination, lepas tu lecture MMF, CVS examination lg. Tapi best. Dapat belajar and practise CVS examination sampai faham. Sekarang tinggal berlatih sampai boleh buat laju-laju. Haiyakkk! True enough, i realize that not understanding something tends making me not favouring something at times. So, kena banyak usaha bagi faham okay, nana? *excited tetiba

Hari pun dah senja. Perut minta makanan. Otak pun dah blank. Emm. Tapi, bila tengok langit time tu, waaa.. Subhanallah. Mcm dipujuk pun ada.

Luas langit terbentang. Bayangkan diri melihat dari atas, zoom out dan zoom out. Bayangkan diri merenung dari luar bima sakti. Manusia ni kecil je. Kamu kecil nana. Masalah kamu kecil, tahu? Lelah kamu kecil. Dan pandanglah langit untuk mengingatkan kamu bahawa kamu punya Allah yang MAHA BESAR

nota kaki untuk seorang yang amat saya segani:
Andai tiba saat kau rasakan engkau monyet belajar berenang, burung belajar memanjat, atau singa belajar melukis (eh), katakan.. rabbana ma khalaqta hadza batilan subhanaka fakina azabannar (refer 3:191). Tiada yang berlaku itu sia-sia. Regret not, but reflect. :)

bayangkan dirimu menjadi berudu menunggu masa menjadi katak yang bisa melompat kesana kemari meneroka dua alam. Bayangkan diri mu menjadi ulat dalam kepompong menunggu masa untuk terbang merembas indah sayap dan benih bunga. Hakikatnya,  percayalah, Allah sentiasa nak yang terbaik untuk kamu! dan saya percaya ramai yang mendoakan kejayaan anda.. Let's keep our fingers crossed okay?

Nana, Leics






Sunday, May 12, 2013

Math port dan ithar

bismillahirrahim and assalamualaikum.

Exam coming soon! (pengsan 5 seconds) May everyone in the batch (especially malaysians ;p ) got Excellent for this exam. Do pray for us. 

Anyway, I always think that being a student allows me to learn a lot of things. I mean not just literally about the course or subjects that we take. But many others. About life, relationship etc 

Let us ponder on the moments when we are given course work to be completed and imagine that the due date is drawing near. If you are a student, you may be able to relate yourself to this. 

This is what i can recall from my reflection with my usrahmates in our usrah conducted post math portfolio fever err two years ago? perggh time flies indeed. 

[credit]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
flashback to KMB..tettkriikkkrokkk (time machine berkarat)

It was Math portfolio season. and everyone is busy with their own portfolios. 
Dalam sibuk-sibuk, ada yang lebih mahir berkomputer dan ber"maths" hence lebih independent gituh. 
Ada yang perlu banyak bertanya hence terpaksa bergantung pada org lain. 

Ada yang tersilap buat and terpaksa buat lagi. 
Tidak kurang juga yang "sonang je math port. no prob" (okay, xde pun yang keluarkan dialog ni. kalau ada, mmg kena sekeh), 

but we can fairly see that the challenges faced by everyone are different from one another. Even.with.the.same.task.given. 

Hence, we.learn.differet.things.

dalam keadaan tense macam ni, yang tak berapa mahir, walaupun segan untuk menyusahkan kawan, terpaksa juga untuk bertanya. 
and this is a real test for whom being asked help from. Dan tak dapat dinafikan, ramai di KMB yang berhati suci murni yang sudi membantu kawan. But as the due date datang real close, as in, the very next morning, haaaaa, kalau orang datang meminta tolong, jeng jeng, perasaan terganggu itu mula datang. (bayangkan syaitonirrojim datang membisik-bisik)

Hakikatnya, ada antara kita yang sudi membantu selagi mana itu tak mengganggu urusan kita. something to reflect on. sejauh mana kita ini mementingkan our sisters and brothers more than our own selves. membantu orang waktu kita lapang mungkin tidak sesusah mana. waktu kita ada urusan lain?

Teringat kata-kata Imam Hassan Al-Banna
Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar/isar (mengutamakan orang lain)

there you go. mengutamakan orang lain. apa maksudnya?
Allah ada berfirman (translation)
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 

Bila mana ujian kesibukan dan rakan datang meminta bantuan itulah, itsar itu teruji. 

Kalau kita pongpangpongpang menghebahkan apa itu ukhuwah kesana kemari, tapi bila ada sahabat meminta bantu, kita tidak memberikan sedikit consideration sikit pun untuk berusaha membantu dan terus dengan tidak bersalah memberi tahu bahawa kita ada hal lain, maaf, kita belum cukup itsar.

waaa.. ini susah nak buat kan sebenarnya. tapi setiap kali saya ada conflict ni, saya suka mengingatkan diri saya dengan hadith 36 yang dikumpul Imam Nawawi:
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya. (HR imam muslim)

hakikatnya, saya kadang-kadang agak kecewa dengan insan tertentu dan juga diri sendiri, yang kadang-kadang, menganggap ukhuwah itu sekadar bermanis kata, msg sweet2. Tapi mengikut pemerhatian saya, mementingkan org lain itu lebih melambangkan kemanisan dan kebenaran nilai ukhuwah itu sendiri. In fact, berlapang dada yang dikatakan serendah-rendah ukhuwah itu juga ramai yang tersadung termasuk diri ini. 

percayalah, percayalah, kalau kamu bantu orang. Allah akan bantu kamu. 

dan dan dan buat yang meminta tolong, anda juga kena la ada bersifat ithar juga. fikirkan juga kebajikan rakan anda. hakikatnya, be considerate. both of entities.

emm. banyak lagi benda lain boleh reflect daripada math port ni (ttiba aku cakap pasal math port malam ni. asal ek? lols sangat.) tapi dah tak dapat tulis banyak2 sebab esok ada revision session ngan kakak senior untuk anatomy. wee. kena baca buku. doakan diri ni jadi lebih baik dari semalam. and jadi even better tomorrow. May Allah bless you and I.