Pages

Friday, May 24, 2013

mengapa aku diuji dengan berdosa.

Makin lama hidup,
Makin saya nampak hidup ini
Pattern Hidup ini.

Hidup ini...
Boleh jadi roda kamu tahu?
Hidup ini,
Kalau kamu di atas,
Dan kamu pandang di bawah,
Lalu kamu tanya,
"Kenapalah anda pilih untuk berada kat bawah?"
Tup tup,
Tanpa kamu sedar kamu boleh bertukar tempat.

Hidup ini, tatkala kamu rasa iman kamu cukup hebat
Dan tujuan hidup mu solid,
Kau akan lihat ramai orang di sekelilingmu yang berbeza.
Kadang kau pelik,
Pilihan terbaik di depan mata
Mengapa tidak disambar?
Perbuatan jelas merugikan,
Mengapa tidak ditinggal jauh?
Perbuatan melanggar fitrah,
Eww. Mengapa tergamak mencuba?

Tapi.
Anda mungkin silap.
Anda tak tahu.
Betapa gelora di jiwa mereka mungkin mengalahkan gelora mujahadahmu,
Mungkin di sudut hatimu berpuas hati
Mungkin di sudut hati mereka mencari-cari
Mungkin di tiap harimu, bertatah benih ukhuwah
mungkin di tiap hari mereka, orang-orang tarbiyah itu tak wujud,
In which,
Kalau kamu berada di tempat mereka,
Mungkin kamu bukan setakat di bawah roda,
Mungkin di bawah tanah.

Pesanan buat yang terasa bertuah,
Bukan hakmu untuk menilai,
Bukan hakmu untuk mencemuh,
sedarlah,
Kau cuma bertuah,
dan hati-hati juga.
Tuah itu mungkin ujian terbesarmu.
Usah mencemuh mereka.
Bantulah mereka.
Mungkin, kita tak tahu
Mungkin sahaja darjat mereka lebih tinggi di sisi Allah
Mujahadah mereka mungkin lebih dahsyat.
Standard manusia itu berbeza daripada standard yg Allah setkan.

Buat yang terasa dibawah,
Banyak yang perlu dikau lakukan
Kadang kau rasa memang kau lah yang hina.
kadang kau rasa lemah.
Malah kadang soalan menjelma,
Mengapa aku diuji dengan berdosa.
orang diuji dengan miskin. boleh tahan dengan bersabar
orang diuji dengan kaya. boleh bersyukur
orang yang diuji dengan dosa?
orang yang diuji dengan ego?
orang yang diuji dengan nafsu?
orang yang diuji dengan fikiran yang asyik bertanya?
orang yang sentiasa inginkan bukti?
kadang kau lemah,
kau fikir,
kenapa aku.
kenapa ujian ini.

kuatlah wahai diri,
taubat itu peluang mu.
tiap kali engkau bernafas,
nafas itu mengeja peluang dariNya,
mungkin sahaja Allah ingin engkau melepasi ujian ini
supaya darjat mu diangkat setinggi mungkin
mungkin sahaja supaya satu hari nanti
ada jiwa yang boleh kau bantu
jiwa yang mana..orang lain tak dapat selami
tapi engkau mampu. kerna dulu itu kamu.
tiada yang sia-sia dalam hidup ini.
tiap orang berbeza.
tiap orang ada tempatnya di sisi Allah.

p/s: bersangka baiklah dengan Allah.




No comments:

Post a Comment

Comment