Pages

Thursday, December 15, 2016

Aleppo

Mendengarkan apa yang terjadi di Aleppo membuatkan diri ini rasa malu.
Malu dengan diri yang kadang merungut dengan masalah.
Mujahadah belum bermula, semangat dah patah dengan madah tentang potensi padah.
Seksaan kakak2 abang2 di sana tak terbanding.

Risau mereka risau tentang hidup dan mati. Malah bukan nyawa sendiri sahaja. It's the lives of their wives and kids too. Risau aku, tak lebih daripada masalah diri sendiri yang kebanyakannya akibat perbuatan sendiri atau bila diri berfikiran negatif.

Lapar mereka lapar lantaran memang tiada dapatan makanan, cari-cari pun tak jumpa. atau cari makanan untuk sambung nyawa bermakna mendedah risiko hilang nyawa di hujung peluru. Lapar aku malas nak masak atau malas membeli groceries.

Geram dengan diri sendiri. Why do you have to live a self-centred life.
Aleppo adalah satu panggilan.
Sama ada untuk engkau membantu dalam laku, tutur, dan mahu.
Paling cikai, untuk engkau berhenti rasa masalah engkau paling mega.

Argh.
Stop being selfish.

and Aleppo.
Yang butuh itu sebenarnya aku.
Jiwa kosong tak macam kalian.

No comments:

Post a Comment

Comment