Pemergian arwah Kak Nida baru-baru ni benar-benar meninggalkan kesan.
Aneh.
Tak pernah bersua.
Mungkin sebab arwah dulu orang lester.
Mungkin.
Aku lihat ke sekeliling bilik ku.
"Pernah kau jejak ke sini Kak Nida?"
Aku bayangkan lorong ke universiti dan laluan ke hospital.
"Pasti jalan tar ini pernah menjadi tapak langkahmu, Kak Nida."
Bercampur baur rasanya perasaan.
Rasa malu.
Sebab kau pernah melalui segala susah yang sama yang kami lalui,
Sistem peperiksaan yang kami sering keluhkan.
Kesibukan medic yang acap kali menyesakkan hati.
Namun, ku dengar orang khabarkan, itu tak pernah jadi alasan mu.
Ku dengar hebat dfmu,
Cantik akhlakmu dalam merai insan lain,
malu aku melihat dalih yang sudah subur aku bajai.
Rasa takut juga ada.
Rasa takut kalau aku lah yang menjadi asbab Leicester terputus wasilah tarbiyahnya.
Walaupun aku tahu, aku tak perlu takut tentang itu.
Allah boleh ganti aku dengan orang lain.
Yang tu yang sepatutnya aku takutkan.
Rasa tertanya-tanya pekat dalam diri ini.
apa yang membuatkan engkau begitu jelas dengan apa hendakmu, Kak Nida?
Aku mendengar tentang mujahadahmu.
Walaupun mujahadah kita tak sama,
namun kuatmu itu jelas,
sejelas longlaiku.
Sungguh aku tak tipu,
Pergimu menggoncangku.
Aku malu, aku takut.
dan aku mahu tahu apa sumber kekuatanmu.
Allahu.
No comments:
Post a Comment
Comment