Ramai orang mahu percaya dia watak baik, watak suci dalam cerita.
Bila dengar ayat Quran tentang membalas keburukan dengan kebaikan,
bila dengar ayat abidurrahman,
bila dengan ayat membalas hina dengan salam,
bila dengar tinta tentang sabar
dialah si mangsa yang terasa,
dialah calon abidurrahman.
dialah insan yang membalas dendam dengan salam.
dia rasa dialah yang sabar.
yang disebelah sana itu kurang adab.rude.
disebelah sana tak kisah memancing resah.
disebelah sana cuma tahu mencari untung diri.
disebelah sana tak berhemah.
disebelah sana cakap berduri.
dia lupa
dalam dia bersabar,
orang lain pun bersabar dengannya.
dalam dia bermanis muka,
orang lain pun tak tunjuk duka.
dalam dia diam dari berkasar,
orang lain juga pendam jauh ke dasar.
mungkin kita semua watak protagonis dan antagonis dalam satu masa.
satu cerita.
saya, kita, dia dan mereka sama-sama sok diri watak suci.
:(
No comments:
Post a Comment
Comment