Lawak lah manusia ni.
Kita senang sangat untuk rasa yang kita tahu dan kita faham.
Tapi cantiknya,
Allah bagi can kita membesar dan bertambah matang,
Allah bagi can kita untuk sedar dan tergelak sendiri,
atas kebodohan masa lalu.
Kalau masih ada can.
*******************************************************
Alhamdulillah harini dapat peluang jumpa dengan sahabat-sahabat hebat.
Semua orang dengan mujahadah masing-masing.
Manusia ni,
memang ada struggle masing-masing, kan?
Dan kalau kita betul-betul cuba untuk kenal jiwa-jiwa yang mencari Allah,
memang boleh terharu bhai.
Ada yang tampak luarannya macam lek lek, tapi bilamana membelek Quran, hati terus-menerus mengeluh mencari makna untuk mengubah hidup. Sentiasa rendah hati daripada merasakan diri sudah cukup baik.
Ada yang tampak luarannya sibuk, tapi sibukknya bukan dalam mencari bahagia diri. Sentiasa cuba membahagiakan orang lain. Sentiasa juga mencari balik makna kemanisan iman.
Ada yang tampak kuat dan steady. Tapi dia juga dalam diam, punya ujian tersendiri. Dengan hikmah dan sabar, aku tahu dia tak pernah berhenti mencari dan refleksi diri. (Aku tak kan pernah lupakan kau sebagai antara support system aku paling hebat sejak aku datang UK)
Ada yang sukar dibaca. Namun sekali meluahkan rasa kat hati, aku terdiam sendiri. Cantiknya rahsia hati. Cantiknya hati yang mencari.
Daripada orang-orang yang mencarilah, aku mencari inspirasi.
Kadang-kadang bila membaca atau melihat video Youtube, kita mudah untuk merasakan bahawa kita sudah cukup faham dan baik. Sedangkan apa yang masuk ke dalam fikiran dan hati itu satu input. Input itu perlu diproses melalui perbincangan supaya kita boleh tahu whether apa yang kita faham itu ada betulnya atau boleh diperbaiki. Dan pastinya, input dan proses tak berhenti di situ. Perlu ada outputnya. Bak kata pakcik Nouman, perlu jadi "a changed man". Macam para sahabat.
Setiap kali berbincang atau berkulsem (jargonnya), ada je pemahaman aku yang proven wrong, or proven less right. Kadang-kala, aku mudah sangat untuk menjadi Idealist dalam menghadam satu-satu konsep. Dan banyak kali, Allah hantar orang sekeliling i.e kawan and family sebagai realists. Untuk membuat reality check. Untuk bantu aku faham how this life really works . Untuk bantu aku faham praktikal nya gimana.
Few take home messages from our discussions today:
1. Takwa itu berhati-hati. Out of our love to Allah :)
2. Cinta tu lah yang boleh buatkan hati orang bergetar bila dengan nama Allah.
3. Dalam setiap harta dan chances yang Allah bagi pada kita, ada hak orang lain.
4. Menjadi orang bertakwa tu adalah satu proses. Layer by layer. Mulakan dengan mencintai Allah.
5. Ayat surah Ali Imran 130-136 banyak cakap pasal ciri orang bertakwa. Ciri-ciri tu sebenarnya perlukan kita untuk jadi selfless.
6. Kita mudah untuk rasa yang one is good through external manifestations. We forgot that Allah looks closely at one's heart, one we can never see.
Hari ni kami banyak bercakap tentang betapa takwa tu lebih cantik kalau berdasarkan cinta kepada Allah. Aku rasa konsep tu sangat cantik. We need balance between love (hope) and fear. Bukan salah satu.
Mungkin kulsem ni memang khas untuk Allah ingatkan aku pasal cinta Dia.
untuk ingatkan aku yang cinta Dia bukan a set of rules.
Nana.. nana..
No comments:
Post a Comment
Comment