Aku tahu.
Aku sudah tertimbus.
Pasir tekanan.
Debu sangkaan.
Ditiup angin diam nan licik,
Hari demi hari.
Aku tahu,
Aku sudah masuk kembali.
Terliput dengan cengkerang
Tertanam dalam pasir.
Mujur lemas mula rasa.
Moga lemas mengajar rasa
Rasa mahu bebas.
No comments:
Post a Comment
Comment