Pages

Thursday, April 24, 2014

Subuh yang membangunkan.

sobahul khayr.

di pagi penuh nikmat ini,
bangun dengan bisikan housemate untuk sujud,
disapa belaian angin dari tingkap dapur yang terbuka,
diberi rasa tenang,
tiba-tiba hilang segala kusut teringat assignment!
wahai,
mahu buka tingkap bilik pula!

teralun lagu al-habib yang penuh makna,
terbayang pula kata hikmah dari si pengalun,
bait-bait buat aku tersenyum sendiri.
so shine your mercy like the sun, send your light across the earth
let your kindness flow like rivers, quench the thirst of all who come
and let mountain strong your spirit be


dicuit mesej line si ayah,
stickers berbalas stickers,
wahai,
aku rindu untuk pulang!

di pagi penuh nikmat ini,
dikurnia kelancaran menaip,
terbayang muka pesakit2 yang sedang diceritakan,
dalam helaian esei amanah,
muka mereka tersenyum,
menghadap cawanan kopi
dengan tangan getar berbudi
wahai,
aku mahu bantu mereka,
sungguh, dalam ribuan segi.

terbayang pula wajah-wajah yang kasihi aku tanpa syarat,
wahai,
nikmat apa yang ingin ku lupakan,
kisah apa yang layak ku kait simpati,
nikmat belaka!
jangan lupa balas!

Allahu.
Alhamdulillah. 
Sungguh, pagi-pagian ciptaanmu itu satu hadiah hebat buat hati dan fikiran





No comments:

Post a Comment

Comment